Setelah sekian lama menyepikan diri... hari ni baru terbuka hati untuk menulis semula... Lepas-lepas ni pastinya ada cerita sensasi untuk dikongikan bersama.
Apa yang pasti, hidup mesti diteruskan, usaha mesti kena lebih, baru dapat pon lebih... Hari semalam dan hari ni tak sihat badan... idea pon tak banyak... lagipun dah lama meninggalkan alam menulis blog ni selama setahun lebih... Bila nak mula semula terasa kekok la pulak. Tapi lama2 ok lah tu.
Sebenarnya aku masih bergelar pelajar luar kampus di UiTM Shah Alam, tetapi semester ini tidak dapat diteruskan makanya aku mengambil cuti sem untuk merehatkan badan dan fikiran yang bercelaru. Lagipun banyak sangat perkara nak perlu disetelkan. Macam2 hal. Walaupun tak pergi ke kelas, tapi aktiviti tetap sibuk. Setiap hari Rabu dan Khamis (6.00-7.00 petang) kelas mengaji Iqra'. Bukan budak2 je gi mengaji Iqra', mak budak pon pegi, makcik, nenek semua. Belajar balik mengaji cara betul beserta tajwid dan tartil. Hari Rabu (8.00-9.00 malam) kelas merilekskan fikiran... Khamis pulak selepas kelas mengaji ada ceramah pasal bisnes.
Sejak habis exam sem lepas dah start memasak hari2 kat rumah. Hari2 bawa bekal ke pejabat. Bukan apa, dah tak tau selera apa lagi makan kat kedai. Kalau tak sempat nak buat lauk, aku bawa nasi jer... Tu pun kurang selera sebab dah terbiasa makan masakan sendiri. Walaupun lauk cuma ikan bilis dan sambal tumis kosong jer. Tapi cukup membangkitkan selera. Kalau ada duit lebih lauk pun best la lagi. Orang akan ingat nak jimat belanja atau apa, tapi sebenarnya aku tak de selera nak makan kat luar lagi. Melainkan terpaksa. Ada satu hari tu tak bawa bekal, boleh balik tengahari masak nasi dan lauk untuk makan. Tapi memang puas hati. Sejak pada tu memang hari2 pun bawa bekal. Tak se makan luar. Kalau weekend pun cam tu gak, mula2 masak nasi dulu sebelum buat keje lain, pastu masak lauk sambil2 basuh kain... lepas semua kerja dah siap baru keluar rumah... yang penting tak de makan kat luar sebab perut dah kenyang... kadang2 bawa bekal pergi jalan2, berkelah kat Tasik Permaisuri... memang indah... nanti aku letak gambar gi jalan2 tu.
Ok lah, ini je lah dulu buat masa ni... esok2 lusa aku taruk macam2 cerita yang best-best untuk bacaan semua.
2 comments:
Salam atik, beshnya dia berkelah kat tepi tasik.. nanti bubuh gambar tau..
Ye lah Atak, nanti Atik bubuh gambar post terbaik ye... Tunggu...
Post a Comment