Monday, October 04, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2010 ANJURAN KELAB KRISTAL


Alhamdulillah.  Selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran 2010 anjuran Kelab Kristal pada 1 Oktober 2010 (Jumaat) lepas.  Memang meriah, tambahan pulak menjadi qariah membaca juz 30, surah annas di depan peserta, AJK dan Ustaz.  Tak pernah baca di hadapan khalayak ramai sebegini.  Inilah kali pertama. Seram juga, tapi memang best walaupun gementar, walaubagaimanapun lega rasanya dapat baca dengan baik tanpa teguran dari Ustaz.  Kira ok lah tu.  Next year, akan perbaiki lagi bacaan dan tajwid agar mendapat keredaan dari Allah s.w.t.  Seronok betul mengaji, rasa tak mahu berhenti pulak.  Habis je Bulan Ramadhan, kami pun selesai bertadarus 30 Juzuk, ramai2, dalam beberapa kumpulan.  Rasa tak puas, jadi, aku dan dua orang rakan sepejabat buat lagi belajar mengaji / tadarus tiap hari Rabu.  Seronok juga.  Harap-harap lancar lah bacaan Al-Quran yang suci.

1 comment:

muna said...

baguslah kakak...teruskan usaha murnimu itu...semoga diberkati Allah s.w.t.....

Post a Comment